Objektif
(1)Menyatukan alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik
(2)Mengeratkan hubungan sesama alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik(FSKM).
(3)Mengekalkan hubungan baik antara alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Sains Komputer& Matematik.
(4)Memastikan alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik memberi sumbangan berterusan kepada Fakulti Sains Komputer & Matematik.
Logo
(a) Logo Alumni FSKM
i)
ii) Ungu – melambangkan kecemerlangan ilmu
iii) Kuning – melambangkan kedaulatan raja dan bangsa
iv) Putih - Melambangkan kesucian ilmu dan pendidikan
(c) Definisi FSKM dan glob
Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik membawa misi untuk memperkenalkan Fakulti Sains Komputer & Matematik bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan antarabangsa.
(d) Definisi digital
Membawa maksud alumni dari pengkhususan Sains Komputer di bawah Pusat Pengajian Sains Komputer, Sains Sistem dan Teknologi Komputer dan Perangkaian
(e) Definisi Buku
Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik sentiasa berusaha menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi akademik dan non-akademik warga Fakulti Sains Komputer & Matematik khususnya.
(f) Definisi Analog
Membawa maksud alumni dari pengkhususan Sains Matematik di bawah Pusat Pengajian Matematik, Statistik, Sains Aktuari dan Operasi Penyelidikan.
(g) Definisi lingkaran dan tulisan ALUMNI
Membawa maksud alumni terdiri dari semua pelajar yang pernah belajar di Fakulti Sains Komputer dan Matematik.